3 Sebab Anda Tidak Labur Saham Syariah & Cara Atasinya

Posted on August 9, 2020Comments Off on 3 Sebab Anda Tidak Labur Saham Syariah & Cara Atasinya

Berbeza dengan 10 tahun dahulu, hari ini pasaran saham sudah semakin menjadi popular. Semuanya kerana inisiatif pihak berwajib yang giat menjalankan promosi, di samping semakin ramai guru-guru pelaburan di luar sana. Jadi, Bursa Malaysia semakin kecoh dan aktif!

Meskipun begitu, masih ramai lagi yang tidak mula labur saham syariah. Golongan ini biasanya sedar akan kepentingan untuk melabur, tetapi mereka masih lagi tidak mengambil apa-apa pun tindakan untuk bermula. Terdapat banyak alasan yang diberi. Ini adalah beberapa alasan yang lazim dikongsi oleh mereka yang tidak melabur, dan sehubungan dengan itu, kami ingin kongsikan kaedah mengatasinya.

Alasan Pertama: Tak Cukup Modal

Ramai yang beranggapan bahawa untuk bermula dalam pelaburan saham, mereka perlu mempunyai modal yang tinggi. Jika bukan berpuluh ribu, maka beratus ribu jawabnya. Tetapi ini adalah satu tanggapan yang salah. Hal ini kerana untuk bermula, anda sebenarnya tidak memerlukan modal yang banyak. Untuk mengambil langkah pertama, RM100 pun sebenarnya sudah cukup. Selepas itu, apa yang perlu dilakukan hanyalah untuk terus menambah modal.

Begini caranya untuk bermula. Sebagai contoh, di Malaysia, jumlah minimum untuk labur saham syariah adalah dengan membeli 1 lot. 1 lot adalah bersamaan 100 unit syer. Jadi, jika saham yang hendak dibeli berharga kurang RM1, anda memerlukan RM100 atau lebih rendah untuk bermula. Apa nak buat selepas itu? Teruskan untuk menambah dan membesarkan saiz portfolio anda secara konsisten.

kelas saham

Alasan Kedua: Tak Ada Masa

Di samping modal, ramai juga yang mengatakan mereka tidak ada masa untuk labur saham syariah. Bagi golongan ini, membuat satu pelaburan terutamanya dalam pelaburan saham memerlukan komitmen masa yang tinggi. Mungkin mereka bertanggapan sedemikian apabila melihat rakan-rakan lain melabur menggunakan kaedah daytrading.

Tetapi, daytrading bukanlah satu-satunya kaedah untuk melabur saham. Terdapat juga kaedah yang dikenali sebagai value investing cara bersifat pasif. Anda cuma perlu melakukan fundamental analysis dengan baik, dan kemudian anda boleh memilih syarikat yang baik untuk dimasukkan dalam portfolio.

Alasan Ketiga: Tak Ada Ilmu

Selain kedua alasan di atas, ada pula yang mengatakan mereka tidak cukup ilmu untuk melabur. Tetapi sebenarnya, ini bukanlah satu masalah yang betul. Hal ini kerana zaman sekarang, terdapat terlalu banyak sumber maklumat untuk mula melabur. Bezanya cuma yang mana adalah lebih sesuai dengan kita.

Jika anda merasakan ilmu adalah halangan terbesar, anda boleh hadir ke kelas saham dengan mendaftar di LaburSahamSyariah.com. Dengan menghadiri kelas pelaburan seperti ini, anda akan dapat menimba ilmu untuk menjana pendapatan pasif yang konsisten melalui value investing.

Kesimpulan

Ingat, ilmu sepatutnya bukanlah satu penghalang buat kita. Sebaliknya, fikirkanlah sama ada kita telah mengambil inisiatif yang cukup untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya.

Mungkin sudah bertahun kita memikirkan untuk bermula, tetapi hajat masih tidak kesampaian. Jadi, jangan dilengahkan lagi dan ambillah langkah pertama anda.

Semoga berjaya.

Sertai kelas saham: https://labursahamsyariah.com/

Comments Off on 3 Sebab Anda Tidak Labur Saham Syariah & Cara Atasinya