7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Labur Saham Syariah

Posted on May 21, 2020Comments Off on 7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Labur Saham Syariah

Pelaburan adalah satu kaedah untuk mengembangkan kewangan anda dengan bijak. Ini kerana, ia mampu membantu anda meningkatkan pendapatan dan juga net worth tanpa perlu mendapatkan pendapatan aktif. Tetapi sebelum bermula, ini 7 perkara yang perlu anda fahami dahulu sebagai seorang pelabur baharu.

Labur Saham Syariah adalah salah satu kaedah Pelaburan yang Baik

Pelaburan saham (terutamanya saham patuh syariah) adalah satu kaedah pelaburan yang sangat popular, walaupun ia tidak semestinya menjadi satu-satunya pilihan yang ada. Bergantung pada keperluan, pendapatan dan bila anda memerlukan wang yang dilabur, anda boleh memanfaatkan pelbagai strategi pelaburan yang berbeza. Ini termasuk memasukkan wang ke dalam akaun simpanan, membeli hartanah, mahupun melabur dalam bon, dan lain-lain. Semua strategi pelaburan ini melibatkan tahap risiko dan kadar pulangan yang berbeza. Tetapi, di antara kesemua jenis pelaburan ini, pelabur sahamlah yang mampu menjana keuntungan yang tinggi tanpa mengikut had masa.

Pelaburan Saham Ada Risikonya Tersendiri

Terutamanya jika anda melabur untuk jangka masa pendek.

Labur Saham Syariah

Walaupun saham sering dilihat sebagai strategi pelaburan yang selamat dalam jangka panjang, sememangnya tidak ada yang terjamin di dalam pelaburan (dan sebab itulah sesiapa sahaja yang memberitahu anda tentang kaedah pelaburan saham tanpa risiko – pastinya mereka berbohong. Hal ini kerana pasaran saham adalah bersifat tidak menentu, terutamanya di dalam jangka pendek, yang mana bergerak harga syer boleh berubah dengan sangat cepat, hingga ke kadar yang melampau. Jadi, jika anda berniat melaburkan wang anda dalam jangka pendek, fikirkan semula. Jika anda berilmu, anda akan temui strategi pelaburan berisiko rendah yang lebih dipercayai.

Broker yang berbeza mempunyai Kelebihan dan Kekurangan yang berbeza

Tidak semua broker sama. Bergantung pada keperluan pelaburan anda, anda mungkin ingin mencari broker dengan kelebihan mahupun kekuranganyang berbeza. Sebilangannya mungkin mempunyai perkhidmatan pelanggan yang sangat mantap, sementara yang lain mungkin menawarkan bayaran yang rendah (malah ada broker yang tidak mengenakan caj langsung). Jadi, syarikat pembrokeran mana yang sesuai untuk anda bergantung pada matlamat pelaburan anda, dan berapa banyak panduan yang anda perlukan ketika melabur. Kata kunci di sini adalah kesesuaian.

Pelaburan Saham Dalam Satu Syarikat Sahaja adalah Sangat Berisiko

Kadang-kadang, anda mungkin jatuh cinta kepada mana-mana satu syarikat. Oleh sebab ini, mungkin anda tertarik untuk menggunakan semua dana untuk melabur di dalam syarikat tersebut dengan harapan ia menjadi Facebook atau Microsoft yang seterusnya. Tetapi ingat, perbuatan melaburkan semua wang anda dalam satu syarikat adalah satu tindakan yang amat berisiko. Hal ini kerana tidak ada cara untuk meramalkan dengan pasti syarikat mana yang akan berjaya.Jika tersalah langkah, anda mungkin akan kerugian besar.

Nak belajar asas pelaburan dan cara mengimbangi portfolio? Jom daftarkan diri ke kelas saham percuma ini: https://labursahamsyariah.com/

Sebaliknya, Strategi yang Baik adalah dengan Mempelbagaikan Pelaburan Anda.

Strategi pelaburan yang biasa gunapakai pelabur berpengalaman adalah dengan melabur di dalam beberapa syarikat yang berbeza untuk mengimbangi kadar risiko. Jika ada mana-mana syarikat dilabur yang kerugian, sekurang-kurangnya impaknya akan “diserap” daripada keuntungan syarikat pelaburan yang lain. Matlamat utama di sini adalah supaya secara terkumpul, anda tetap mendapatkan keuntungan daripada pelaburan anda.

Anda Boleh Menjana Pendapatan Melalui Dividen dengan Labur Saham Syariah

Dividen adalah pembayaran kecil yang diedarkan oleh syarikat kepada pemegang saham, biasanya setiap suku tahun apabila syarikat tersebut berjaya mencatat keuntungan yang baik. Sekiranya anda melabur dalam syarikat tersebut, anda akan layak mendapat dividen. Walaupun dividen secara umumnya mewakili sebahagian kecil dari keseluruhan pelaburan anda, tetapi mereka boleh menambah, terutamanya jika anda telah melaburkan banyak dana dan menggunakan kembali keuntungan dividen untuk labur saham syariah.

Cukai saham tidak begitu menakutkan seperti yang dimomokkan

Percaya atau tidak, jika anda melabur saham untuk jangka masa panjang, keuntungan yang anda dapat tidak tertakluk kepada cukai! Bukan itu sahaja, dividen yang diperolehi juga dikecualikan. Jadi, pelaburan saham ini adalah satu kaedah menjana pendapatan secara sah (serta patuh syariah) tanpa dikenakan cukai. Tetapi, ia bergantung kepada kaedah pelaburan kerana jika anda melabur secara aktif atau melalui trading, maka ia akan dikira pendapatan tetap dan baru anda akan dikenakan cukai.

Penutup

Pelaburan saham boleh menjadi satu mimpi ngeri jika anda tidak mempunyai ilmu. Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, lautan luas jangan diduga.

Comments Off on 7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Labur Saham Syariah